PAKAIAN TRADISIONAL KAUM MELAYU
BAJU KURUNG
- Sebelum kurun ke-20, wanita Melayu hanya memakai kain kemban sahaja.
- Tetapi, setelah kedatangan Islam, mereka mula memakai baju kurung yang lebih sopan.
- Baju kurung lazimnya diketahui sebagai sejenis baju longgar yang labuh, kadang kala hingga ke lutut dan dipadankan dengan kain panjang yang berlipat tepi. Ianya meliputi seluruh tubuh, memperlihatkan wajah dan tangan sahaja,dilihat sebagai mematuhi peraturan berpakaian Islam.
- Baju kurung boleh digandingkan dengan kain tradisional seperti songket atau batik. Kebiasaannya pakaian ini digunakan dengan kain selendang atau tudung kepala.
- Baju kurung sesuai untuk dipakai dalam majlis-majlis formal atau urusan seharian.
BAJU MELAYU
- Pakaian tradisional bagi kaum lelaki ialah baju Melayu.
- Baju Melayu merupakan kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang.
- Pakaian ini selalunya dipadankan dengan kain samping yang diikat di bahagian pinggang dan songkok.
- Baju Melayu bagi rakyat Malaysia terbahagi kepada dua, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang.
- Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut.
- Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih terkenal di kawasan selatan Malaysia. Potongan Teluk Belanga potongan lehernya dijahit secara sulaman.
- Potongan Cekak Musang lebih terkenal di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan Cekak Musang iaitu bahagian penutup atau rumah butangnya adalah bertindan.
- Cara memakai baju juga Melayu Teluk Belanga biasanya sampin dipakai diluar baju.
- Cara memakai baju Melayu Cekak Musang ialah baju di dalam sampin.
No comments:
Post a Comment