Tuesday, 19 June 2012

Pantang Larang Kaum India

PANTANG LARANG KAUM INDIA

Perkahwinan kaum india di malaysia diklasifikasikan kepada beberapa jenis iaitu tamil tirumanam ,eliyat tirumanam dan vaitiikat tirumanam . Terdapat banyak adat dan pantang larang perlu diikut 
oleh kaum india semasa perkahwinan .
    Pantang larang semasa merisik adalah bakal pasangan akan saling membalas kunjungan ketika merisik. Tetapi ketika rombongan bakal pengantin perempuan, bakal pengantin perempuan dilarang ikutserta kerana dianggap tidak sopan.Selain itu, sebelum majlis perkahwinan berlangsung ,kad jemputan perlu disediakan dan dibuat berdasarkan almanak hindu tanpa kesilapan ,jika terdapat kesilapan bermakna perkahwinan tersebut  akan tidak dapat dijalankan dengan lancar .
    Jika jamuan perkahwinan dilakukan di kuil ,maka hanyasayur-sayuran boleh dihidangkan kepada para tetamu dan makanan lain tidak boleh dihidangkan terutamanya daging lembu,kerana agama hindu melarang makan daging lembu.
  Kesimpulannya ,pada zaman modem sekarang ramai kaumindia juga terus mematuhi adat dan pantang larang yang diwarisi oleh nenek moyang  kerana keadaan ini membuktikan tradisional budaya dan unik terhadap kaum india .

No comments:

Post a Comment